Undertaker, berehatlah dengan tenang

Penggusti berusia 55 tahun itu mengumumkan pengundurannya di Survivor Series semalam selepas 30 tahun berkecimpung dalam arena gusti WWE.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Undertaker akhirnya bersara

Undertaker berundur dari arena gusti WWE selepas 30 tahun berkecimpung.

Undertaker secara rasmi mengumumkan persaraannya selepas 30 tahun berkecimpung dalam arena WWE di Survivor Series, semalam.


Sejumlah bintang ternama pada masa lalu dan ketika ini memberikan penghargaan buat ikon gusti itu, yang mengumumkan keinginan untuk bersara pada Jun lalu.


Undertaker, 55, berrkata: "Selama 30 tahun, saya melakukan perjalanan perlahan ke gelanggang dan membuatkan lawan berehat berulang kali.


Dan kini tiba masa untuk saya. Masa saya sudah tiba untuk membolehkan The Undertaker berehat dengan aman."


Dengan perlawanan antara Roman Reigns dan Drew McMahon, ini bermakna ahli gusti terkemuka seperti John Cena, Vince McMahon dan Stone Cold Steve Austin yang semuanya berada dalam legasi Undertaker sudah meninggalkan sukan berkenaan.


Mereka diikuti oleh bintang yang lain seperti Shane McMahon, The Big Show, JBL, Jeff Hardy Mick Foley, The Godfatherr, The Godwins, Savio Vega, Rikishi, Kevin Nash, Booker T, Shawn Michaels, Ric Flair dan Trile H - termasuk adik tirinya Kane.


Kepada peminat generasi baharu, mesti pelik kenapa dalam ramai-ramai legend yang hadir di upacara farewell Undertaker semalam, eh terselit pula Savio Vega dan The Godwinn. Yang tak mengenali mereka pun ramai juga.


Untuk makluman kepada yang belum tahu, mereka adalah geng kamceng Undertaker di belakang tabir dan merupakan faction tak rasmi yang diberi nama Bone Street Krew. Mereka wujud bagi nak mengimbangi pengaruh The Kliq (Shawn Michaels, Razor Ramon, Diesel, X Pac & Triple H) yang dikatakan sering bawak kepala di belakang tabir.


Kumpulan BSK ini ditubuhkan pada 1993 dan masih kekal rapat sehingga ke hari ini. Ia dianggotai oleh Undertaker sebagai ketua, Savio Vega, Rikishi, Godfather, Henry & Phineas Godwinn, mendiang Crush dan mendiang Yokozuna.

Senang cerita ni kira geng lepak mamak Undertaker lah setiap kali habis acara. Tak geng dengan bebudak Kliq yang perasan bagus masa tu.


Jadi kerana itu Vega dan Godwinns turut sama dijemput semalam. Mungkin atas permintaan Undertaker sendiri bagi mempamerkan sikap setiakawan antara mereka.


Peminat Undertaker cukup terkesan dengan persaraan beliau apabila satu siaran hologram mengenai bekas seterunya, Bearer yang meninggal dunia pada 2013 muncul di skrin ketika pengumuman dilakukan.


"Sekiranya kamu tidak terasa atau menangis, ini bermakna kamu tidak menyukai gusti profesional," tulis satu komen mengenai pengumuman dilakukan Undertaker itu.


Dalam pada itu, Undertaker juga dikatakan sudah merancang untuk menjalankan urusan perniagaan baju bersama legenda hip hop, Snoop Dogg selepas ini.

Undertaker akhirnya bersara


Dari Survivor Series 1990 dia bermula, di Suvivor Series 2020 dia berakhir. Selama tiga dekad membanting tulang, memerah keringat dan darah, akhirnya bintang legenda The Undertaker mengucapkan selamat tinggal kepada WWE Universe di kemuncak acara WWE Survivor Series hari ini.

Arena WWE Thunderdome menjadi saksi amanat terakhir bintang berusia 55 tahun ini apabila beliau menyatakan, masanya telah tiba untuk Undertaker berehat dengan tenang setelah 30 tahun menghiburkan para peminat dan ia sekaligus menandakan persaraan buat bekas Juara Dunia WWE ini buat selamanya.


Spekulasi persaraan The Phenom sememangnya telah bermula seawal dari tahun 2017 lagi apabila beliau tewas kepada Roman Reigns di acara kemuncak Wrestlemania 33. Sebaik perlawanan itu tamat, Taker memberi isyarat tentang pemergiannya apabila menanggalkan jubah dan topinya lalu ditinggalkan di tengah gelanggang.



Padanya, tiada apa lagi yang perlu dikejar. Sementelah tubuhnya juga sudah dimamah usia dan kudrat tidak lagi sehebat sedekad lalu. Namun permintaan daripada Vince McMahon selaku majikan yang begitu menyayanginya, memaksanya untuk kembali bergusti untuk beberapa kali lagi, dan enggan mengecewakan para peminat yang mengaguminya selama ini.

Kerana itu, bermula pada tahun 2017 tersebut, Undertaker atau nama sebenarnya Mark William Calaway membenarkan perjalanan kariernya untuk tiga tahun terakhir ini didokumentasikan untuk siri rencana The Last Ride yang disiarkan di WWE Network baru-baru ini. Melalui dokumentari tersebut, Undertaker menyerlahkan karakter dirinya yang sebenar dan mendedahkan naik turun serta pelbagai mehnah dan tribulasi yang dihadapinya bagi memastikan legasi Undertaker terus hidup, walaupun fizikalnya tidak lagi mampu menerima azab dan kesakitan di dalam gelanggang.


Sepanjang 3 dekad beraksi di WWE, tidak dapat dinafikan yang Undertaker merupakan seorang bintang yang mampu memberi makna sebenar tentang kesetiaan, simbol kegagahan dan pengaruh yang luas sama ada di dalam arena atau pun belakang tabir. Siapa sangka, daripada seorang penggusti gergasi tinggi lampai yang tidak dipandang sesiapa dan dilepaskan begitu sahaja oleh WCW (World Championship Wrestling) pada awal tahun 1990, beliau mampu mencipta nama sekelip mata di WWE dengan membawakan sebuah karakter yang berjaya mencuri tumpuan peminat hanya pada satu malam.



Dengan watak menyeramkan ala mayat hidup, ada penonton yang terkesima. Peminat-peminat cilik pula ada yang menangis ketakutan melihat kelibat Undertaker yang tidak ubah seperti hantu yang tidak boleh ditundukkan oleh sesiapa. Dipukul tidak berbunyi dan tidak kedengaran mengaduh kesakitan. Ditambah pula dengan kehadiran pengurusnya mendiang Paul Bearer yang juga amat misteri dan mistik, membuatkan Undertaker terus cemerlang dan berjaya menggondol Kejuaraan WWE nya yang pertama selang setahun selepas kemunculan sulungnya. Tambah mengagumkan, beliau merampas kejuaraan itu daripada Hulk Hogan yang pada waktu itu merupakan jaguh suka ramai dan tidak mudah tewas kepada sesiapa.


Jika kita perhalusi, tidak ada satu pun karakter unik seperti Undertaker yang mampu mengekalkan kekuatan watak itu untuk selamanya. Sejarah membuktikan, ada cubaan untuk menghidupkan karakter-karakter misteri ala Undertaker seperti Papa Shango, Mordecai, The Boogeyman, Bray Wyatt dan sebagainya termasuk ‘adik’nya Kane. Kebanyakannya tidak bertahan lama. Ada yang bertukar kepada watak komedi, diubah kepada watak lain dan tidak kurang ada dilupuskan terus. Hanya watak Undertaker satu-satunya kekal konsisten dengan menjadi satu figura yang digeruni dan tidak mampu diganggu gugah oleh mana-mana bintang lain.



Manakan Undertaker begitu disayangi oleh Vince. Jika ingin dikira-kira, kesetiaan Taker kepada Vince McMahon dan WWE juga tidak boleh dipertikaikan sama sekali. Ketika pertengahan tahun 90an yang menyaksikan penghijrahan beramai-ramai bintang WWE ke WCW kerana tawaran gaji yang lebih lumayan, Undertaker setia di samping Vince membawa panji WWE walaupun ketika itu syarikat tersebut di ambang kejatuhan. Taker sanggup keluar dari zon selesa dengan mengubah karakternya daripada jarang bercakap, kepada satu watak yang tidak jauh berbeza, namun lebih santai dan mampu berbicara dengan lebih kerap dalam promo-promonya.


Di samping menjadi ikon di dalam gelanggang, pengaruh Undertaker juga begitu kuat di belakang tabir. Sebagai ‘otai’ dan antara yang paling lama di WWE, Undertaker dianggap sebagai abang long dan menjadi tempat rujukan bintang-bintang lain sekiranya berlaku sebarang masalah di belakang tabir. Ketika insiden Montreal Screwjob yang menyaksikan Bret Hart disabotaj oleh Vince, Undertaker merupakan individu yang menjadi orang tengah bagi menyelesaikan konflik yang berlaku agar tidak berlarutan. Cakapnya juga dipatuhi dan didengari oleh bintang-bintang lain. Malah beliau turut dilantik sebagai hakim tidak rasmi bagi perbicaraan mana-mana bintang yang menimbulkan masalah. Jika didapati bersalah, bersedialah untuk menerima hukuman daripadanya.



4 kali bergelar Juara WWE dan 3 kali Juara Heavyweight Dunia di WWE, tiada apa lagi yang dikejar oleh Taker. Nama-nama besar juga telah ditundukkan seperti Hulk Hogan, Ric Flair, Stone Cold Steve Austin, Shawn Michaels, The Rock, Triple H dan ramai lagi telah menjadi mangsanya. Ditambah lagi dengan rekod kemenangan 21-0 di Wrestlemania. Ia merupakan satu kompilasi resume yang sangat padu dan belum tentu dapat ditandingi oleh mana-mana bintang lain sama ada dulu atau generasi terkini.


Sayang sekali, upacara mengucapkan selamat tinggal ini dilakukan ketika pandemik sedang melanda dunia. Menyebabkan penonton hanya mampu menyaksikan secara maya. Jika tidak, pasti ia akan lebih bermakna, syahdu dan barangkali ada yang tidak mampu menahan air mata untuk mengiringi pemergian The Undertaker.



Walau apapun, sumbangan The Deadman kepada industri selama ini pasti akan terus dikenang sepanjang zaman. Sudah pasti, penganugerahan Hall of Fame WWE akan dimahkotakan kepadanya tahun hadapan sebagai menghargai segala bakti yang telah dicurahkannya selama tiga dekad yang penuh warna-warni ini.


Selamat jalan Undertaker. Berehatlah dengan tenang. Rest in peace....

(Foto: WWE.com)

Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.