Ahli gusti pro Malaysia sedia beraksi

Picture
Ayez Shaukat Fonseka Farid dan Nor “Phoenix” Diana percaya perlawanan pro gusti akan membawa keuntungan ekonomi dan sukan.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Kenali 2 Ahli gusti pro Malaysia yang boleh pergi jauh

PETALING JAYA: Ahli gusti profesional Malaysia telah bersedia untuk beraksi selepas aktiviti sukan itu mendapat sokongan bekas menteri Maszlee Malik yang mencadangkan kerajaan supaya membantu mengembangkan industri terbabit.

Baru-baru ini, bekas Menteri Pendidikan itu meminta Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk meneliti cadangan itu kerana beliau percaya sukan terbabit mempunyai potensi besar walaupun dikategorikan sebagai hiburan.


Penulis layar dan ahli gusti profesional Ayez Shaukat Fonseka Farid mengalu-alukan cadangan itu.

File photo showing McCreery shouting orders from the bench in the 2-0 victory over NS Betaria in the early stages of the Premier League campaign.
Ayez Shaukat Fonseka Farid bersama peninju profesional Amerika Syarikat, Booker T.

“Mereka yang terlibat dalam industri ini mungkin boleh mencari pendapatan dan sudah tentu peminat akan menikmatinya apabila diberikan akses. Peluang itu akan berkembang,” katanya kepada FMT.

Ayez berkata sukan gusti profesional amat popular di Malaysia dan buktinya, stesen televisyen satelit Astro turut menyediakan satu saluran khusus untuk gusti.

El-Hadji Ousseynou Diouf Ayez Shaukat Fonseka Farid ketika ditemu bual pada 8 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
“Kita mempunyai bakat, kita mempunyai kepakaran, dan sekiranya ada sokongan, Malaysia mungkin menjadi hab untuk sukan gusti profesional di rantau Asia Tenggara,” katanya.


Seorang lagi ahli gusti profesional, Nor “Phoenix” Diana, berkata Malaysia bakal menjadi pusat gusti profesional terbesar di Asia Tenggara.

File photo showing McCreery shouting orders from the bench in the 2-0 victory over NS Betaria in the early stages of the Premier League campaign.
Pada siang hari Nor 'Phoenix' Diana adalah seorang pembantu klinik namun identitinya bertukar sebagai ahli gusti profesional pada malam hari. Foto AFP & GLEEN GUAN/THE STAR .

“Sokongan dan perjanjian penyiaran di televisyen pastinya akan mengangkat kedudukan Malaysia ke peringkat tertinggi,” kata “Phoenix” yang juga ahli gusti profesional berhijab pertama dunia. Katanya, ahli gusti profesional dari seluruh Asia Pasifik juga akan berminat untuk datang ke Malaysia, sekaligus membantu menyumbang kepada ekonomi negara.

Bagaimanapun, seorang peminat dikenali sebagai Azman pula bimbang dengan penerimaan sukan itu di kawasan lebih bersifat konservatif di negara ini dan kemungkinan menerima kecaman.


Dia mencadangkan supaya pihak terbabit melakukan penyelidikan terlebih dahulu di kalangan rakyat Malaysia yang menonton rancangan gusti seperti World Wrestling Entertainment (WWE) untuk menentukan penerimaan sebenar terhadap sukan itu.

Bagaimanapun katanya, dia percaya sukan gusti berpotensi untuk berkembang dan menjadikan Malaysia lebih terkenal di mata dunia.

SOURCE: msn

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.