Ahli gusti profesional Bray Wyatt meninggal dunia pada usia 36 tahun - WWE

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Windham Rotunda, juga dikenali sebagai Bray Wyatt, meninggal dunia.
(📸 ©WWE)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Selamat jalan Bray Wyatt...😥

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Bray Wyatt bercakap semasa sidang akhbar selepas WWE Royal Rumble di Alamodome di San Antonio pada 28 Januari 2023. .
(📸 ©Joe Camporeale/USA Today Sports/Sipa USA)
Dunia gusti hari ini dikejutkan oleh pemergian bintang WWE, Bray Wyatt pada usia 36 tahun.

Perkhabaran duka ini telah dikongsikan oleh bapa mendiang, Mike Rotunda (atau dikenali sebagai Irwin R. Schyster/IRS) kepada Ketua Pegawai Kandungan WWE, Paul "Triple H" Levesque.

“Fikiran kami bersama keluarganya dan kami meminta semua orang menghormati privasi mereka pada masa ini,” kata Paul “Triple H” Levesque, ketua pegawai kandungan WWE, di media sosial .


Menurut Sean Ross Sapp daripada Fightful (setelah diberi kebenaran oleh keluaga mendiang), Bray telah menghidap COVID pada awal tahun ini, mengakibatkan isu jantungnya bertambah buruk. Terdapat perkembangan positif terhadap kepulangan dan kesembuhan sepenuhnya, namun hari ini, mendiang diserang sakit jantung lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Laporan sebelum ni ada memaklumkan bahawa Bray telah berehat sejak sebelum acara WrestleMania 39 lalu, dikatakan kerana dia mengalami isu fizikal, maka dia dan WWE mengambil langkah berjaga-jaga sebelum dibenarkan kembali ke gelanggang. Selain itu, laporan lain turut menyatakan bahawa penyakit Bray dikatakan mengancam nyawa dan karier.

Bray ialah penggusti generasi ketiga - cucu kepada Ahli Dewan Kemasyhuran WWE, Blackjack Mulligan, anak Mike Rotunda, sepupu Kendall Windham dan Ahli Dewan Kemasyhuran WWE, Barry Windham, serta abang kepada Taylor Rotunda (Bo Dallas). Bray ialah tunang kepada bekas juruacara gelanggang WWE, JoJo Offerman, sejak 2022, dan mereka dikurniakan dua orang anak. Bray juga mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinannya terdahulu.

Setelah beberapa tahun bermain bola sepak Amerika di kolej, Bray telah memulakan karier gustinya dengan menandatangani kontrak pembangunan bakat WWE. Dia telah membuat debut di pusat pembangunan bakat WWE ketika itu, FCW, pada 5 Februari 2009, dan pada Jun 2010, dia telah menyertai musim kedua rancangan WWE NXT, menggunakan nama Husky Harris. Wyatt pernah terlibat sebagai salah seorang anggota New Nexus yang diketuai oleh CM Punk.

Selepas itu, dia telah kembali ke FCW, dijenamakan semula sebagai Bray Wyatt pada April 2012. Tidak lama selepas itu, FCW telah dijenamakan semula kepada NXT, dan dari situ, Bray memperkenalkan kumpulan The Wyatt Family. Kumpulan ini, yang turut dianggotai oleh Erick Rowan dan mendiang Luke Harper (Jonathan Huber), telah tampil melakukan debut Raw mereka pada acara Raw 8 Julai 2013. Bray kekal sebagai salah seorang penggusti utama dengan idea kreatif dan inovatif, memperkenalkan watak The Fiend, segmen The Firefly Fun House dan macam-macam lagi. Pada 31 Julai 2021, Bray telah dilepaskan oleh WWE secara mengejut, sebelum dibawa kembali pada Oktober 2022, menerusi kempen acah tular White Rabbit yang bermula sekitar bulan sebelumnya.

Antara pencapaian Bray ialah, pernah merangkul Kejuaraan WWE, dua kali bergelar Juara Universal WWE, Juara Beregu Raw WWE, Juara Beregu SmackDown WWE, dan Juara Beregu Florida FCW bersama Bo Rotundo.

Wyatt, yang nama sebenarnya Windham Rotunda, adalah anak kepada ahli gusti WWE Hall of Fame Mike Rotunda.

Wyatt menjadi Juara WWE pada tahun 2017 dan bergelut sebagai berbilang watak semasa kerjayanya, termasuk sebagai ahli Keluarga Wyatt dan sebagai alter ego bertopeng mimpi ngeri yang dipanggil The Fiend.

“Saya sedih atas berita kematian Bray Wyatt,” kata pelakon dan bekas ahli gusti Dwayne “The Rock” Johnson di media sosial . "Sentiasa menghormati dan menyayanginya dan keluarga Rotunda."


SOURCE: CNN

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.