Dalam siaran rakaman NXT yang berlangsung beberapa jam lalu, Pengurus Am NXT, William Regal telah mengumumkan yang Juara Wanita NXT, Asuka akan menerima cabaran daripada seorang bintang veteran di acara NXT Takeover: Toronto bulan hadapan. Dan ia tidak lain dan tidak bukan adalah Mickie James.
Acara Takeover Toronto bakal berlangsung pada minggu Survivor Series iaitu pada tarikh 20 November 2016 (Ahad) pada waktu tempatan.
Pemilihan Mickie juga dilihat amat tepat kerana Asuka kini memegang rekod tanpa kalah sejak bergelar Juara Wanita NXT, dan beliau juga dilihat ketandusan pencabar berkredibiliti di jenama tersebut setelah perpindahan bintang wanita NXT lain seperti Bayley dan Nia Jax ke roster utama WWE.
Mengulas tentang pengumuman ini, Mickie yang merupakan bekas Juara Wanita WWE sebanyak 5 kali termasuk sekali Juara Diva WWE dan Juara Knockout TNA sebanyak 3 kali, telah memberi respon di Twitter:
Ps... @WWE @WWEAsuka @WWENXT guess who's back?! See you in Toronto. 💋👊 #ImComingHome #ImComingForGlory #BeCarefulWhatYouAsukaFor pic.twitter.com/hxlp7oewqW— Mickie James~Aldis (@MickieJames) October 14, 2016