AEW Fyter Fest 2019 Keputusan & Reaksi

PPV kedua AEW yang semakin baik, harap kita akan terus menikmati gusti yang berkualiti seperti ini di akan datang. Berikan pendapat anda juga di sini sekian dari Super DG Via Dolah Geniuss.
AEW FYTER FEST 29 JUNE 19 KEPUTUSAN DAN REAKSI

Format tercorot hingga terbaik, hanya khas untuk PPV WWE. Oleh Super DG Via Dolah Geniuss


Triple treat tag team 

(winner get shot first round tag team championship at ppv all out)

Best Friends mengalahkan Private Party dan SCU

Nama stable beregu semua takat level budak2 best friend la private party la, tapi Match diorang ni memang gempak.

Combination team yang mengujakan. Pembukaan match yang boleh drag kita untuk terus duduk menonton.  Aku ingat SCU akan menang, tapi Best friends lak. Tak sabar nak tengok Sabuk Beregu AEW, cantik ke tidak ni.

Rating - A

WOMEN SINGLE MATCH

Allie mengalahkan Leva Bates

Allie ni macam boleh pergi jauh, Leva pun ok jugak takdelah teruk sangat. Harap Rivalry dengan Brandi boleh upkan momentum Allie.

Nampaknya lepas ni kita akan kita tengok Brandi lawan Allie di PPV Fight For The Fallen.

Rating - B

Harcore match

Michael Nakazawa mengalahkan Alex Jebailey
Set up tempat yang menarik dan mereka berdua mampu untuk menyedapkan lagi perlawanan ni walaupun tak terlalu hardcore, Nakazawa ni nampak ganas mungkin dia akan menyerlah. Kowt la ada sabuk untuk kejuaraan hardcore mungkin kita akan menyaksikan perlawanan lebih menarik lagi.

Rating - B

Single match

Cima mengalahkan Christoper Daniels

Kali ni Cima menang pulak, haritu dia kalah lawan abang botak Daniels, Jangan kata diorang akan lawan lagi kat PPV akan datang,  Abang botak tu walaupun dah lewat 40an pun boleh bagi match yang menghiburkan.

Rating - B

Women triple treat match

Riho mengalahkan Yuka Sakazaki dan Nyla Rose

Si Pondan Rose ni memang boleh la buat macam2 kudrat lelaki tapi jadi perempuan, memang dia la overshine 2 orang lawannya. Tapi match ni memang layan habis!

Rating - A

Fatal 4 way match

Hangman Page men. Jungle Boy, Jimmy Havoc dan MJF

Jungle Boy aka Tarzan ni memang kena dengan nama dia, terloncat sana terloncat sini, macam beruk kena belacan. Hangman memang kena menang dalam match ni untuk upkan lagi momentum sebelum perlawanan sabuk utama di PPV All Out nanti. MJF ni macam biasalah mulut puaka dia tu pekat benar langsung tak campur air.

Rating - A

Single match

Cody Rhodes VS Darby Allin berakhir dengan No Contest


Match ni dah bagus dah tapi kehadiran Shawn Spears menghacurkan segalanya.

Pukul kerusi kat kepala tanpa ada halangan memang berisiko,(Kowt iya pun cody tahanlah sikit pakai tangan tu, ni tadah ja memang mendapat la) sebab tu WWE mengaharamkan memukul kerusi di bahagian kepala.

Risiko untuk gila atau cedera sangat tinggi.


Harap Cody tidak ada apa apa.

Tapi kalau nak sambung Rivalry ni pun best gak, drama dia memang berkesan!

Rating - B

6 man tag team match

The Elite (The young Bucks dan Kenny Omega) mengalahkan The Lucha Bros dan Laredo Kid

Btw outfit YB terbaik, ala-ala adik beradik Ken & Ryu dari Street Fighter

Kalau WWE suka guna tema marvel, AEW pulak kali ni guna tema Street Fighter pulak adehhh.


Tapi match ni memang best, Lebih kurang sama je macam PPV DON lepas cuma tambah 2 orang untuk penambah perisa.

Botch agak ketara tapi takdelah nampak teruk sangat, spot dia amik pun agak berisiko biasalah tu.


Harap lain kali akan diperbaiki dan lebih menarik lagi.

Rating - B

Unsanctioned  match

Jon Moxley mengalahkan Bad Boy Joey Janela

Terbelit-belit nak sebut match ni, Cakap No DQ ke Hardcore ke kan senang.

Moxley sememangnya pakar dalam match2 harcode ni Joey tu pun apa kurangnya,

Dulu masa PG, Moxley agak terhad untuk mempraktikan skill gilanya semasa di CZW lepas.

Kali dah dapat memang keluarkan semuanya.


Gabungan mereka berdua menjadikan match main event ni sangat menarik dan patut ditonton.


Kenny Omega datang selepas match berakhir untuk membalas dendam. Selepas dipukul Moxley terbaring lemah sambil terseyum dengan tipu helah.

Rating - A

Rating keseluruhan - A


PPV kedua AEW yang semakin baik, harap kita akan terus menikmati gusti yang berkualiti seperti ini di akan datang.

Berikan pendapat anda juga di sini sekian dari Super DG.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.